CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 16, 2008

Betty Banafe - Ibtisam

Betty Banafe - seorang pelakon, pengacara dan kini melangkah setapak lagi dengan bergelar sebagai seorang penyanyi pula."Terus-terang, ketika ini saya memang amat excited dan sedikit gementar juga dengan album Arab saya ini. "Gembira, kerana setelah lebih empat tahun saya menanti akhirnya tercapai juga impian saya untuk mempunyai album Arab sendiri tetapi tetap gementar menantikan reaksi peminat," ujar Betty. Album Ibtisam, yang telah mula berada di pasaran beberapa hari sebelum Aidilfitri nanti mengandungi 11 buah lagu dan antara yang dijangka hit adalah Essau Gharam (Kisah Percintaan) dan Abouya (Ayah) yang mengisahkan tentang ayahnya yang meninggal dunia tanpa diduga. Komposer Farihin Abdul Fatah bertindak sebagai penerbit album Betty manakala M.Nasir turut menyumbangkan sebuah lagu Melayu di dalam album tersebut.Bercerita tentang albumnya itu, artis berdarah kacukan Melayu-Arab ini berkata, walaupun agak gementar menanti respon peminat, dia tetap yakin album ini boleh mendapat sambutan kerana ia lain dari yang lain. "Ini bukan album tangkap muat. Saya dan team yang terlibat mengambil masa beberapa tahun untuk memastikan lagu-lagunya ada kualiti. Malah, saya sendiri turut mengeluarkan dana untuk album ini."InsyaAllah, jika lagu Hindustan pun berjaya mendapat tempat di hati masyarakat kita, saya yakin lagu bahasa Arab juga mampu diterima ramai," tambah gadis berusia 28 tahun ini. Antara lagu lain yang turut dimuatkan adalah Waiyak (Bersamamu) Ya Gamar (Wahai Bulan), Kamareish (Burung Bersama Paruhnya), Mustannik (Aku Merinduimu) dan Leh Ya Habib (Kenapa Wahai Kekasihku?). Untuk cetakan pertama album tersebut, sebanyak 1,000 buah telah dikeluarkan yang juga disertakan dengan edisi khas kad raya Betty.